Inspirasi

10 Tips Munculnya Ilham Dan Inspirasi Untuk Anda Menulis

Oleh Marina  •  4 Mar 2017  •  3 min baca

Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis yang hebat. Siapa kata menulis itu mudah? Adakah idea atau ilham untuk menulis itu jatuh dari langit begitu saja? Mungkin anda boleh mengkritik suatu penulisan. Tetapi, tahukah anda betapa sukarnya untuk memperoleh idea menulis dan mencantikkan tulisan itu?

Berikut dikongsikan beberapa sumber ilham atau inspirasi berguna buat mereka yang gemar menulis dan ingin memperbaiki penulisan mereka;

#1 – Buku Dan Majalah

Bacaan merupakan satu sumber inspirasi yang sangat luar biasa. Pilihlah apa jua buku mahupun majalah kegemaran kamu, atau pilih buku-buku yang ditulis oleh pengarang kesukaanmu. Hayati setiap penulisannya. Maha tahu, di situ timbul idea.

#2 – Filem Dan Muzik

Adakala ilham atau idea diperoleh dengan cara berhibur, seperti menonton filem atau mendengar muzik. Perhatikan setiap karakter dalam filem itu dan apa yang mereka katakan. Kadang, ada kata-kata motivasi daripada mereka yang boleh dijadikan bahan penulisan kamu nanti.

#3 – Memori

Kenangan masa lalu juga adakala boleh membantu kamu membina penulisan. Flashback semula setiap inci kehidupan tersebut dan mulakan menulis. Atau, boleh juga menokok tambah cerita tersebut menjadikan ia suatu penulisan yang lebih kreatif dari jalan cerita yang asal. Contoh ini sesuai untuk penulisan novel.

#4 – Sesuatu Yang Biru Atau Hijau

Tahukah anda, warna memang mempengaruhi otak kita. Warna biru dan hijau amat sesuai bagi mereka yang sedang mencari ketenangan, idea atau ilham. Sebab itu, tidak hairanlah jika kamu melihat seseorang sedang melukis di bawah pohon yang rendang dan langit yang membiru.

#5 – Pemerhatian

Cuba perhatikan, apa dan siapa yang ada di sekeliling kamu ketika ini? Amati baik-baik dan pasti kamu akan perolehi idea walau sedikit.

#6 – Alam Ciptaan Sekeliling

Alam yang terbentang luas ini banyak memberi manfaat kepada manusia. Lihatlah matahari, bulan, bintang, hujan, gunung-ganang, lautan yang ada di sekeliling. Selain membantu kehidupan manusia, alam juga membantu memberi idea dan ilham kepada orang-orang seni.

#7 – Olahraga

Siapa kata olahraga itu hanya memenatkan badan? Tahukah anda, dengan berolahraga, sebenarnya aliran darah akan meningkat ke otak dan ini sudah tentu akan mempertingkatkan daya pemikiran kamu.

#8 – Meditasi Atau Bermuhasabah

Ambillah sedikit ruang waktu untuk bersendirian. Lebih baik jika waktu itu sunyi dan tiada siapa yang menganggu, agar kamu dapat menjernihkan pemikiran. Jangan fikir apa-apa, buka hati kamu dan hirup udara yang segar.

#9 – Seni

Kunjungilah mana-mana galeri seni atau lihatlah apa jua karya seni klasik mahupun moden. Siapa tahu, melalui seni yang dipaparkan itu kamu boleh mengolah atau membentuk satu idea lain yang lebih hebat.

#10 – Mimpi

Ada mimpi yang baik dan ada mimpi yang buruk. Mungkin, kamu boleh menterjemahkan mimpi yang kamu alami itu dalam bentuk penulisan. Siapa tahu, ada orang lain yang memiliki mimpi yang sama dengan kamu dan akan tertarik dengan penulisan tersebut.

Atau buat mereka yang gemar memikiran pemikiran di luar kotak ke alam fantasi. Mungkin, idea penulisan fantasi kamu itu diambil oleh pihak produksi TV untuk diterjemahkan dalam bentuk filem atau komedi.

Sebelum terlupa, sebenarnya sumber ilham atau inspirasi di atas juga boleh digunakan untuk designer, pelukis, arkitek, atau sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan bidang seni ataupun bidang yang memerlukan pemikiran kreatif. Bukan terhad dalam penulisan saja. Moga bermanfaat.

“Ilham ialah Allah menanamkan di dalam jiwa seseorang sesuatu yang dapat mendorongnya untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu, dan ia termasuk jenis wahyu yang dengannya Allah mengkhususkan siapa saja yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya.”Kitab an-Nihayah, karya Ibnu Atsir.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami