Gaya Hidup

10 Tips Elakkan Anda Dari Bersikap Berlengah-Lengah

Oleh Anas  •  25 Mar 2017  •  3 min baca

Bila ada satu tugasan, aktiviti yang sukar dan membosankan, kita kerap cuba mengelak daripada melakukannya. Walaupun kita berniat untuk melakukan dan menyiapkannya tapi kerja masih tidak disiapkan.

Sebenarnya, kalau boleh kita mahu orang lain yang melakukannya untuk kita. Ini bukan sahaja berlaku semasa kita bekerja, malah di dalam banyak urusan harian bahkan melibatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t

Ada beberapa perkara yang menunjukkan kita sedang berlengah;

• Kita tidak bersungguh atau meninggalkan beberapa tugasan kerana tiada hati untuk melakukannya
• Kita mengutamakan kerja yang remeh dan tidak penting untuk dilakukan terlebih dahulu
• Kita tidak suka masa atau tarikh akhir suatu tugasan
• Kita mengelak daripada membuat keputusan

Ada beberapa perkara juga yang menyebabkan kita memilih untuk berlengah-lengah iaitu;

• Tiada sasaran yang jelas
• Memandang rendah terhadap penggunaan masa
• Menentang kuasa seperti tidak suka dengan majikan atau memandang remeh pada hubungan dengan Tuhan.
• Takut gagal atau takut dengan perubahan.
• Terlalu mahukan kesempurnaan dalam sesuatu perkara.

Kalau kita betul-betul ingin mengubah sikap berlengah-lengah ini, kita perlu tahu 10 tips ini;

#1 – Belajar Membezakan Antara Tugasan Yang Penting Atau Kurang Penting

Membezakan mana perlu disiapkan pada kadar segera. Siapkan tugasan yang perlu disiapkan dengan segera terlebih dahulu.

#2 – Ingat Kita Akan Menyusahkan Pihak Lain

Ada pihak yang akan terkesan dengan sikap suka berlengah-lengah kita. Walaupun bagi kita ia tidak penting, kita mungkin sedikit sebanyak telah menyusahkan orang lain dalam susunan jadual mereka.

Oleh itu, buang sikap pentingkan diri sendiri.

#3 – Lawan Bisikan Negatif Yang Mengajak Kita Untuk Berlengah-Lengah

Belajar untuk tidak menurut perasaan. Ingat, syaitan suka mengambil semua pahala yang sepatutnya kita miliki.

#4 – Ingat Kita Tidak Sempurna

Malah kita sering disapa dosa. Ada banyak jalan ke syurga namun untuk kaki melangkah ke neraka juga tidak susah. Masa yang ada di dunia ini tidak sepatutnya menjadi penyesalan kita di akhirat kelak.

Maka, uruskan masa yang Allah anugerahkan dengan sebaiknya agar tidak menjadi sia-sia.

#5 – Mengurangkan Reputasi Kita

Jika ia berkaitan dengan tugasan di pejabat, sikap berlengah-lengah amat memberi kesan kepada reputasi kita di mata rakan sekerja dan majikan. Kita akan dilihat sebagai pekerja liabiliti, tidak bertanggunjawab, dan tidak mempunyai sikap kepimpinan.

Secara tidak langsung, kita telah membuang peluang baik yang anda boleh perolehi di tempat kerja.

#6 – Keihlasan Adalah Kunci Setiap Perkara

Belajar untuk membuat sesuatu dengan niat mendapatkan keredhaan Allah. Oleh itu, cantikkan permulaan tugasan kita dengan ‘bismillah’.

Jangan campurkan tugasan dengan hal-hal yang boleh merosakkan kualiti masa seperti mengumpat. Sebaiknya, kerjakan solat sunat dhuha sebelum meneruskan kerja.

#7 – Perlu Bersungguh-Sungguh

Kerja yang dilakukan secara bersungguh-sungguh adalah keberkatan kepada kehidupan. Ia juga jalan kepada pahala yang menjadi bekalan ke syurga.

#8 – Menyebabkan Diri Dirundung Masalah

Ini kerana kerja yang dilakukan tidak sempurna. Masalah yang timbul sering menjentik rasa bersalah. Rasa bersalah pula membuatkan diri berasa tidak tenang. Perasaan ini sekaligus akan memberi kesan kepada urusan-urusan yang lain.

#9 – Solat Di Awal Waktu

Jadikan solat 5 waktu sebagai sasaran jangka pendek, manakala tugasan dan urusan lain adalah untuk mengisi masa sebelum waktu solat tiba. Namun, solat bukanlah alasan kita melengah-lengahkan masa untuk membuat tugasan seterusnya pula.

#10 – Muhasabah Diri

Beri peringatan kepada diri tentang hakikat kita sebagai khalifah di bumi Allah. Tugas kita adalah melakukan yang terbaik sebagai hamba-Nya sama ada hal berkaitan dunia atau akhirat. Ini kerana Islam telah menjadikan urusan dunia dan akhirat itu untuk tidak terpisah di antara kedua-duanya.

Berlengah-lengah adalah persepsi kita terhadap masa. Jika dunia ini tidak memberi apa-apa makna dalam diri kita, maka kewujudan masa, malah diri kita juga tidak bererti sedangkan dunia ini sebenarnya adalah ladang ke syurga milik Allah yang sering dilupakan oleh kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami