Berita

10 Selebriti Barat Yang Anda Tidak Tahu Sebenarnya Islam

Oleh Tim Tazkirah  •  14 Aug 2018  •  5 min baca

Pada masa ini, terdapat kira-kira 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia di mana kira-kira 24% daripada rakyat global yang membentuk majoriti penduduk di 49 buah negara.

Sama ada mereka bercakap secara pasif tentang iman mereka atau terkenal kerana mengamalkan Islam, sepuluh selebriti ini telah disahkan sejak kecil membesar dengan agama Islam dan ada juga bertukar memeluk Islam sejak beberapa tahun yang lepas.

1. Bella dan Gigi Hadid

Saudara perempuan Bella dan Gigi Hadid merupakan supermodel Palestin-Amerika yang berpegang kepada ajaran Islam sama seperti bapa mereka iaitu Mohamed Hadid, seorang pelarian yang tiba di Amerika Syarikat pada usia muda 14 tahun.

Bella Hadid dilihat begitu bersemangat menyatakan tentang kepercayaannya ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melakukan sekatan perjalanan serta menyasarkan ramai rakyat dari negara Islam.

Bella mengesahkan identiti beliau sebagai seorang Islam dalam temu bual bersama majalah Porter. Model fesyen Palestin-Amerika berusia 21 tahun ini memberitahu pihak penerbitan bahawa bapanya membesarkan dia dan adik-beradiknya dengan ajaran Islam sebagai satu bahagian penting dalam kehidupan mereka.

2. Younes Bendjima


Teman lelaki Kourtney Kardashian, Younes Bendjima telah mencuri perhatian ramai pihak menerusi platform media sosialnya dengan mengamalkan Islam.

Dia meraih perhatian wanita Islam selepas mendedahkan bahawa mula belajar bersolat dan berusaha sebaik-baiknya untuk mengikuti ajaran Islam. Semasa Ramadan, peninju dan model berusia 25 tahun ini berkongsi sejumlah cerita di Instagram yang didedikasikan sebagai penghayatan di bulan mulia.

3. Janet dan Jermaine Jackson

Apabila dia berkahwin dengan usahawan Qatar Wissam Al Mana, Janet Jackson dilaporkan telah memeluk agama Islam sebagai persediaan untuk kelahiran anak mereka, Eissa, yang bermakna ‘Allah adalah keselamatan’ dalam bahasa Arab.

Namun penyanyi itu tidak banyak bercakap tentang kehidupan peribadinya. Manakala abangnya, Jermaine Jackson telah memeluk agama Islam pada tahun 1989 selepas pulang daripada perjalanan ke Bahrain.

4. Mike Tyson


Semasa dalam penahanan akibat kes rogol di antara tahun 1992 dan 1995, bekas juara tinju kelas berat Mike Tyson telah memeluk Islam dengan nama Malik Abdul Aziz.

Saya sangat berterima kasih untuk menjadi seorang Muslim. Allah tidak memerlukan saya tetapi saya memerlukan Allah.” katanya.
Pada tahun 2010, Tyson mengembara ke Mekah untuk mengerjakan Umrah dan melakukan ziarah Islam.

5. Akon


Penyanyi dan penulis lirik terkenal Akon, membesar di Senegal dan menjelaskan bahawa melibatkan diri dalam industri muzik dianggap bermasalah oleh beberapa penduduk di kampung halamannya.

Saya dilahirkan sebagai seorang Muslim. Namun di Senegal, sesetengah tempat menganggap muzik adalah haram dan ada perdebatan tentang Islam dan muzik.” katanya kepada The National.

Saya tidak pernah melihat bagaimana caranya muzik itu dipersembahkan tetapi bergantung kepada niat. Cuba kamu lihat bagaimana kita solat dan berdoa dalam Islam. Kita bersolat dan berdoa di kelilingi melodi, apabila kita mendengar panggilan azan untuk solat di mana-mana bahagian dunia, ia juga yang dilakukan dengan melodi. Jadi tiada siapa yang boleh memberitahu saya bahawa muzik adalah haram. Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tidak bercakap untuk orang lain.” jelasnya lagi.

6. Busta Rhymes


Rapper Amerika iaitu Busta Rhymes menyatakan keyakinannya dalam wawancara bersama TV Hollywood pada tahun 2007:
Saya cuba memahami semua aspek tentang yang ‘paling tinggi’. Bagi saya, yang paling tinggi ialah Allah … Dan saya menjalani hidup saya dengan Islam.” katanya.

7. Dr. Mehmet Oz


Doktor di televisyen Amerika, Mehmet Oz merupakan anak lelaki seorang pendatang Turki. Pernah mengaku bahawa orang Islam yang semakin membesar tidak mudah seperti kanak-kanak.

Saya telah banyak berjuang dengan identiti Muslim saya. Sebagai seorang Turki, saya membesar di Amerika dengan ibu dan bapa yang masing-masing berlatar belakangkan agama yang berbeza. Tentu saja Amerika jelas mendukung latar belakang sekular dan saya mendapati saya sendiri lebih tertarik kepada sisi rohani agama, bukannya sisi undang-undang agama.” kata Oz sewaktu pameran PBS’ Faces of America

8. Ice Cube


Rapper dan pelakon Amerika, Ice Cube menukar agama kepada Islam pada tahun 1990-an tetapi menyatakan bahawa dia tidak mengamalkan ajaran Islam seperti yang sepatutnya.

Apa yang saya panggil diri saya adalah seorang muslim yang semula jadi. Kerana ia antara saya dan Tuhan. Anda tahu, pergi ke masjid, solat dan tradisi, itu bukan hanya untuk saya lakukan, jadi saya tidak melakukannya.” katanya.

9. Zayn Malik


Bintang pop berusia 25 tahun, penyanyi dan penulis lagu Zayn Malik menjadi contoh sebagai seorang yang mengekalkan warisan Muslimnya.
Anak kepada ayah seorang Pakistan dan ibu daripada British yang memeluk agama Islam, bekas bintang One Direction ini juga pernah menghadapi ancaman kerana agamanya.

Saya tidak mengamalkan Islam secara total tetapi saya dibesarkan dalam kepercayaan Islam, maka ia akan sentiasa bersama saya. Tetapi saya ialah saya, saya tidak mahu didefinisikan oleh agama saya atau latar budaya saya.” jelas Zayn kepada Standard Evening.

10. Shaquille O’Neal


Pemain profesional bola keranjang Amerika Syarikat, Shaquille O’Neal dibesarkan oleh seorang ibu Baptis dan bapa tirinya ialah Muslim.
Kamu percaya apa yang mereka percaya, kamu menghormati apa yang mereka hormati dan kamu menghormati orang itu sebagai lelaki atau perempuan dan kamu akan menjadikannya jauh dalam kehidupan. Fakta ialah saya Muslim, saya orang Yahudi, saya Budha, saya semua orang menyebabkan ‘saya seseorang kepada orang.” katanya.

Ironinya, nama pertengahannya ialah Rashaun bermakna ‘sedikit’ dalam bahasa Arab. Beliau telah bercakap tentang niatnya untuk melaksanakan haji pada masa lalu tetapi beliau juga telah menyatakan keterbukaan kepada semua agama.

Penulis: Leah Simpson / Penterjemah: Nur Ismalina Haris / Sumber: stepFEED
Kredit Gambar: The Famous People Cumicumi The Voice HipHopDX CHARITYBUZZ THE SOURCE HELLO! Useless Daily


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami