Eksklusif, Ibadah

#10 – Jom Kuasakan Ilmu Tajwid Dengan 6 Aplikasi Mudah Ini

Oleh Fizah Lee  •  2 Oct 2020  •  3 min baca

Pelan Eksklusif 100 Hari

Bagaimana dengan pelan anda untuk sentiasa menjadi manusia baru setiap hari? Masih berada di atas trek yang betul atau hampir terbabas lagi?

Jangan risau kerana trek perjalanan kita masih panjang dan kali ini Tzkrh ingin berkongsi dengan anda cara yang mudah untuk belajar tajwid melalui aplikasi yang disediakan.

Kadang, kita tidak punya waktu yang banyak untuk mengikuti kelas pengajian Al-Quran mahupun tafsirnya. Namun, itu tidak menjadi alasan untuk meninggalkan Al-Quran mahupun malas menguatkuasakan ilmu pengetahuan tentangnya.

Jadi, letakkan usaha anda dalam sekecil-kecil perkara untuk memperkasakan pengetahuan anda mengenainya.

Antara aplikasi yang telah diperkenalkan ialah;

#1 – Learn Quran Tajwid

Aplikasi ini sesuai untuk membantu mereka yang masih berada pada tahap permulaan untuk berlajar ilmu tajwid.

Ia juga dilengkapi dengan teori, cara untuk mempraktikkan dan ujian bagi menguji tahap kefahaman kita.

Selain memudahkan anda dengan teori, ia juga menyediakan fungsi audio, gambar dan video untuk penerangan bab tersebut.

Pautan muat turun: Learn Quran Tajwid

#2 – Tajweed Quran Tarteel Rules

Aplikasi ini didatangkan dengan dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab serta mempunyai lebih daripada 10 terjemahan daripada barisan Syeikh terkenal seperti Sayyid Abdul Ala Maududi.

Ia membantu anda untuk menyebut huruf dengan betul dan paparannya yang ringkas tetapi padat dengan ilmu baru juga membantu mengesan kesalahan yang anda lakukan.

Pautan muat turun: Tajweed Quran Tarteel Rules

#3 – Mushaf Tajweed – Holy Quran

Setiap huruf yang disebut dibezakan dengan warna-warna tertentu bagi menentukan jenis-jenis hukum yang perlu dibaca.

Anda juga boleh menandakan tempat di mana anda berhenti bacaan bagi memudahkan ia disambung apabila anda ingin membacanya kelak.

Pautan muat turun: Mushaf Tajweed – Holy Quran

#4 – Tajweed Lengkap QT Media

Aplikasi ini sesuai untuk anda yang mempunyai jaringan internet yang lemah kerana ia boleh sahaja dipelajari tanpa internet.

Ia padat dengan contoh-contoh suara dan audio yang membantu anda untuk menyebut setiap sebutan huruf dengan betul.

Pautan muat turun: Tajweed Lengkap QT Media

#5 – Al-Quran Tajweed, Color Coded

Aplikasi ini menggunakan tulisan mushaf Uthmani yang diguna pakai di Malaysia dan dikemaskan dengan audio yang memudahkan anda mendengar bacaan yang betul.

Ia juga boleh digunakan secara tanpa jaringan internet dan boleh membantu anda untuk menghafal Al-Quran dengan mudah.

Pautan muat turun: Apliksi Al-Quran Tajweed

#6 – Belajar Tajwid + Suara

Aplikasi ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang baru berjinak-jinak untuk belajar tajwid.

Paparannya yang cantik serta berwarna-warni menjadikannya menarik sekali gus boleh membantu anak-anak anda belajar dalam keadaan seronok.

Ia juga menyediakan paparan secara playcard sebagai ujian dan permainan untuk menambah lagi keseronokan mereka selain dilengkapi dengan suara audio.

Pautan muat turun: Aplikasi Belajar Tajwid + Suara

Kesimpulan

Terdapat pelbagai lagi aplikasi menarik yang boleh membantu memudahkan anda untuk menguasai ilmu tajwid.

Yang paling penting, pastikan ia adalah aplikasi yang sahih agar ilmu yang diperoleh itu juga bermanfaat dan boleh memberi ilmu yang berguna buat anda.

Dan carilah peluang untuk berguru secara bersemuka kerana itu adalah yang lebih baik.

Wallahu a’alam.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami