1- Faiza merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd (Syarikat Faiza) yang terletak di Kawasan Perindustrian Sri Gading 2, Batu Pahat, Johor.
2- Beliau sudah berusia 74 tahun dan juga seorang ibu kepada 7 orang anak, 34 cucu, dan 2 orang cicit. Beliau dilahirkan di Mesir sebelum berhijrah pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya iaitu Allahyarham Abu Bakar Ahmad. Suaminya adalah seorang lelaki berketurunan Jawa yang berasal dari negeri Johor.
3- Anak sulungnya menyifatkan beliau sebagai seorang yang sentiasa mahu bergerak ke hadapan, sangat teliti dan berdisiplin dalam urusan berkaitan kerjanya. Beliau adalah orang pertama yang tiba di pejabat dan orang terakhir balik ke rumah.
Menurut temuramah dengan akhbar Utusan, setiap hari beliau akan mengawasi persekitaran kilang melalui kamera litar tertutup (CCTV) walaupun ketika sedang berada di luar kawasan atau bercuti. Kerana sifat bersungguh-sungguhnya itu, anak-anaknya menggelarnya ‘gasing’.
4- Perniagaannya bermula apabila dia amat menggemari masakan kari dan terfikir untuk membuat rempahnya sendiri. Usahanya untuk meminta resepi daripada seorang lelaki Arab menemui kegagalan kerana lelaki itu tidak mahu berkongsi resepi. Faiza mengambil langkah mencuba membuat rempahnya sendiri namun rasa rempah itu tidak sama dengan rempah lelaki Arab itu. Jiran-jiran yang menjadi tikus makmalnya juga mengatakan rempahnya kurang sedap selain tidak mempunyai warna sama dengan rempah asal.
5- Justeru, jenama Faiza sebenarnya bermula sebagai sebuah perniagaan rempah secara kecil-kecilan di mana jualannya hanya kepada jiran-jiran di sekeliling rumah.
Rempah yang dijual pada masa itu adalah rempah daging dan rempah ikan yang dijual pada harga 10 sen. Ia dibungkus dengan menggunakan plastik jernih
6- Arwah suaminya banyak memberikan dorongan dan menjadi tulang belakang usahanya. Selain itu, arwah suaminya juga memberi cadangan untuk beliau membuat logo atau cap pada plastik rempah agar mudah dikenali ramai.
7- Perniagaannya akhirnya berjaya memasuki pasaran di beberapa daerah di Johor termasuk Kluang, Kota Tinggi, dan Johor Bahru. Untung daripada menjual rempah kari itu juga membolehkan beliau membuka kedai runcitnya sendiri.
8-
Menyedari bahawa kebanyakan pemborong beras adalah bangsa asing selain tiada umat Islam, maka Faiza melebarkan sayap perniagaannya dengan mencuba menjual beras.
Beliau mempelajari tentang jenis-jenis beras serta mengkaji pasaran beras ke peringkat antarabangsa. Sikap suka mencuba dan bersungguh-sungguh juga jelas dilihat semasa syarikatnya mahu menghasilkan bihun buat pertama kali. Semasa bihun syarikatnya berjaya selepas usaha tanpa jemu selama 4 tahun membuat dan memperbaikinya, beliau telah menaikkan gaji pekerjanya.
9-
Menurut Faiza, niatnya bukan mahu menjadi kaya tetapi beliau mempunyai impian yang lebih besar iaitu mahu menjadi pembayar zakat terbanyak di dalam negara sekaligus membantu lebih ramai orang susah.
Oleh itu beliau juga suka hidup bermasyarakat dan menyertai badan bukan kerajaan.
10- Beliau telah bekerjasama dengan stesen televisyen TV3 sejak 10 tahun lalu menerusi program Bersamamu.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.