Berita

1 Daripada 4 Wanita Muslim Di New York Menyatakan Mereka Telah Ditolak Di Platform Keretapi Bawah Tanah Kerana Memakai Tudung

Oleh Tim Tazkirah  •  27 Jun 2018  •  3 min baca

(CNN) Tinjauan baru mendapati umat Islam dan minoriti agama lain di New York mempunyai pengalaman disisihkan, didiskriminasi dan diganggu – termasuk serangan fizikal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kebanyakan responden berkata mereka tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis atau pihak berkuasa lain kerana mereka takut atau menyangka laporan tersebut tidak akan diambil serius.

Laporan tersebut dikeluarkan pada hari Selasa yang lalu oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sebagai ringkasan maklum balas daripada 3,100 orang Muslim, Arab, Asia Selatan, Yahudi dan Sikh di New York. Mereka menyatakan bahawa kejadian itu berlaku antara Julai 2016 hingga hujung 2017.

Menurut laporan tersebut, “27% wanita Arab Muslim yang memakai tudung menyatakan bahawa mereka pernah ditolak di platform keretapi bawah tanah.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Carmelyn P. Malalis, “Tiada seorang pun di Bandar New York mempunyai keizinan untuk mendiskriminasi atau mengganggu orang lain walau siapa pun mereka, di mana mereka tempat berdoa atau dari mana negara asal mereka.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia NYC mengambil serius insiden bias-motivasi dan kami pasti memerangi mereka.

Kata Kunci: Gangguan, Vandalisme, Serangan

Penemuan Laporan:
• Hampir 2 dalam 5 (38.7%) memaklumkan diganggu secara lisan
• 8.8% melaporkan mengalami serangan fizikal
• Hampir 1 dalam 6 (16.6%) berkata mereka mengalami diskriminasi kaum, agama atau etnik di tempat kerja atau semasa mencari pekerjaan
• Sikh di bawah 35 diganggu secara lisan hampir dua kali ganda

Wanita mengimbas kembali serangan ‘yang penuh dengan kebencian’

Dalam satu contoh yang dikemukakan oleh Suruhanjaya itu, Souad Kirama seorang Muslim berkata dia telah diserang secara fizikal di sebuah restoran Brooklyn tahun lalu oleh seorang ‘gadis remaja yang penuh dengan kebencian’ yang memanggilnya sebagai ‘pengganas’.

Orang ramai hanya berdiri di sana melihat saya dipukul dan dipanggil sebagai pengganas,” katanya kepada sidang akhbar.

Tidak pernah dalam hidup saya melihat keganasan dan kebencian seperti ini.

Saya seorang penduduk di New York dan saya bersyukur dengan tinjauan yang dilakukan ini. Namun perkara yang lebih penting lagi adalah semua orang di Bandar New York menentang diskriminasi dan menjauhi sikap itu walau di mana jua mereka berada.

Kebanyakan Insiden Tidak Dilaporkan

Suruhanjaya itu berkata lebih daripada 70% responden tidak melaporkan kejadian insiden tersebut kepada polis atau orang lain kerana:
• Mereka tidak merasakan perkara tersebut akan diambil berat
• Mereka takut dikatakan membalas dendam
• Melaporkan masalah awal tidak banyak membantu

Kaji selidik yang dilakukan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia adalah berikutan peningkatan laporan penindasan terhadap umat Islam dan kumpulan minoriti yang lain.

Suruhanjaya turut menggesa penciptaan rangkaian rujukan untuk komuniti dan menyatakan lebih banyak wang harus pergi ke rangkaian komuniti serta bantuan undang-undang supaya kaum minoriti memahami hak mereka.

Suruhanjaya itu juga telah memulakan kempen iklan minggu ini di media sosial dan di 15 kedai media etnik.

Penulis: Jay Croft / Penterjemah: Nur Ismalina Haris / Sumber: CNN

Kredit Gambar: CNN


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami